Speaker Dewan Undangan Negeri, V Sivakumar hadir pada upacara raptai bagi persiapan persidangan DUN yang bermula esok

Beliau hadir bersama-sama setiusaha dewan, Abdullah Antong Sabri, pegawai pejabat Menteri Besar dan pegawai Setiausaha Kerajaan Negeri di perkarangan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Upacara raptai terdiri daripada pasukan polis bagi acara kawalan kehormatan pada hari pembukaan persidangan dewan oleh Sultan Perak esok berlangsung

Pasukan polis ini adalah dari Batalion Satu Pasukan Gerakan Am -PGA- yang berpangkalan di Briged Utara, Hulu Kinta, Perak manakala pancaragam pengiring ialah Pancaragam Polis Di Raja Malaysia dari Sungai Petani, Kedah.

Sidang dewan undangn negeri esok adalah persidangan pertama, mesyuarat pertama, penggal kedua kali ke 12.

Kali terakhir persidangan dewan diadakan ialah November tahun lalu.

Persidangan yang akan dirasmikan oleh Sultan Perak itu dijangka membahaskan usul perlucutan jawatan yang Di Pertua Dewan Negeri dan usul pelantikan jawatan yang Di Pertua Dewan yang baru.

Walau bagaimanapun langkah yang dirancang oleh kerajaan Barisan Nasional dilihat payah dilaksanakan memandangkan kemungkinan Speaker menolak usul tersebut.

Menurut laporan kira-kira 100 wartawan media cetak dan elektronik termasuk ‘news portal’ akan membuat liputan persidangan dewan itu esok.

sumber: http://www.tvantara.com/v1/