jom-hebohPenduduk di beberapa kawasan di Manjung, Perak, merasai gegaran akibat gempa bumi lemah berukuran 2.6 skala Richter melanda kawasan itu pada pukul 9.35 malam semalam.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu berpusat di latitud 4.3 utara dan longitud 100.6 timur dan terletak 11 km dari utara Pulau Pangkor.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dan kemusnahan berlaku akibat gempa bumi itu.

Sementara itu seorang penduduk Pulau Pangkor, Syed Shahril bin Syed Halim, mengesahkan pada malam semalam kira-kira pada jam 9.35 minit selama sekitar 1 minit telah berlaku gempa tersebut.

Menurutnya tidak ada kerosakan yang dilaporkan berlaku. “Saya menganggap besar kemungkinan ada kaitan program “jom heboh” kerana sebelum itu berlaku ribut di Pangkor. Malah katanya semasa jom heboh ada arahan seorang pegawaitentera supaya azan tidak payah pakai mike sebab menggangu orang berseronok”.Katanya

Selain itu tempak diadakan Jom Heboh adalah kawasan kawalan keselamatan tentera yang sangat dikawal ketat termasuk pada semasa pilihanraya yang lepas. Pada hari program dibenarkan masuk lebih 30,000 tanpa apa-apa kawalan dan pemeriksaan.

Seorang penduduk Seri Manjung , Mohamad Rizuan bin Sudin berkata dia berada di sekitar bandar malam tadi dan tidak menyedari berlaku gempa tersebut. Namun beliau mengesahkan beberapa hari lepas ada ribut di waktu 2.00 pagi hingga 5.00 pagi mengakibatakan atap 5 rumah mengalami kerosakan.

Katanya program jom heboh dipertakaikan dan dibantah oleh penduduk tempatan. sepatutnya kawasan larangan tentera laut itu tidak dibenarkan sebarang program diadakan.