100_7183

KAMPAR : Kita tidak mahu UMNO kerana mereka mengamalkan diskriminasi kepada rakyat. Sebab itu kita mahukan Pakatan Rakyat yang tidak mengamalkan diskriminasi. Demikian antara ucapan YAB Menteri Besar Perak yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam ceramah di sini. Ceramah penerangan yang diadakan di Dewan Tokong Cina Mambang Diawan menampilkan penceramah laian iaitu, Exco Kerajaan Negeri pakatan Rakyat Perak, Nga Kor Ming dan Chen Fock Chai, ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim, ADUN Malim Nawar, Khesvinder Singh dan ADUN Simpang Pulai, Chan Ming Kai.

100_7174

DS. Nizar menjelaskan terdapat beberapa faktor dan fakta yang bercanggah sehingga Mahkamah Persekutuan telah memutuskan masalah kemelut siapakah Menteri Besar diputuskan oleh Mahkamah Tinggi. Malah kata beliau “Mahkamah tidak ada hak menentukan siapa kerajaan yang sebenar, kerana rakyat adalah yang paling berhak menentukan siapakah kerajaan yang sah”. “Saya berterima kasih kepada saudara yang memberi sokongan termasuk dengan dengan sms dan Email” katanya.

100_7167

Disamping itu beliau mengupas perkembangan Sidang DUN dengan katanya “7 Mei adalah tarikh yang mengerikan kerana hari itu akan berlaku sesuatu perkara yang tidak diduga sama sekali, kami akan bermesyuarat esok untuk menyusun strategi. Kami akah hadir mengikut bidang tugas yang ada pada speaker.” DS. Nizar menyifatkan ” kemenangan di Bukit Gantang adalah kemenangan rakyat sebab itu Najib cukup takut. Sekarang UMNO takut kepada PRK kerana rakyat akan hukum mereka dan rakyat akan mengatakan kamu zalim dan aniaya negeri perak.” mengakhiri ucapan penuh bersemangat pada malam ini.