Nabi Muhammad SAW telah bersabda dengan maksudnya: “Perempuan itu Aurat, maka apabila dia keluar rumah maka syaitan bergegas menumpukan perhatiannya (untuk memperdayakannya)”. Hadis ini riwayat at-Turmizi.

Realiti sekarang. Iblis dan Syaitan amat berpuas hati kerana telah berjaya mempengaruhi perempuan-perempuan untuk dijadikan sebagai askarnya. Dan saya bimbang, takut-takut Isteri anda, anak-anak perempuan anda, mak anda dan seumpamanya tergolong di antara salah seorang askar-askar Iblis tadi.

devil

Ini terjadi disebabkan kerana faktor pemakaian perempuan tersebut. Sekarang, ramai kita melihat perempuan yang tidak menutup kakinya dengan cara memakai stokin apabila keluar dari rumah. Sedangkan kaki itu adalah AURAT. Tidak pun, ada yang memakai baju, seluar, tudung tetapi NIPIS, KETAT sehingga menampakkan susuk badan dan warna badannya. Ini adalah HARAM hukumnya.

Tidak kurang pula bagi perempuan yang memakai wangi-wangian yang semerbak ketika keluar rumah walaupun bersama dengan suaminya. Ini akan menyebabkan bauan tersebut dapat dihidu oleh lelaki lain dan seterusnya ini akan menyebabkan perempuan tersebut berdosa yang dosanya menyamai dosa berzina.

Kemudian, bagi mereka yang berpakaian ala barat, juga Islam tidak membenarkan. Sekarang timbul pelbagai fesyen dari barat yang asasnya adalah Yahudi laknatullah, yang ramai perempuan sekarang terpedaya dengan pakaian tersebut dan hukumnya adalah HARAM sama sekali apabila diperagakan di khalayak ramai. Juga Kasut Tumit Tinggi, tak bolehhhh… Juga pakai gincu, tak bolehhhh…

Jika isteri kita, anak perempuan kita, mak kita atau saudara-saudara perempuan kita yang lain berbuat demikian, nescaya mereka telah tergolong di kalangan askar-askar Iblis.

Penting ! Hal demikian tadi, jika untuk Suami diSUNATkan. Nak pakai wangi-wangian, nak pakai pakaian yang seksi, nak pakai gincu, tak nak pakai pakaian takpa. Ulang ! Just for Husband (SUAMI).

Masih ada masa lagi untuk sedar, buat perubahan, insaf. Buktilah tanda sayang dan kasih kita kepada Nabi Muhammad SAW.