April 2009


perjuangan Pada waktu Khalifah ‘Umar ibn Khattab menjadi Khalifah, Khalid ibn Walid menjadi Panglima Perang. Ke mana saja ia dikirim pasukannya selalu menang. Sekali waktu pasukan Khalid ada di Asia Kecil. Sebelum menyerbu pertahanan musuh Khalid mendapat surat dari Khalifah, iaitu surat melucut jawatanya sebagai panglima.

Tetapi dalam penyerbuan itu, Kahlid sebagai tentera biasa masih menunjukkan kesungguhannya, bahkan masih berjasa dalam merebut kubu musuh. Waktu ditanya temannya sepasukan: “Wahai Khalid, buat apa engkau bersungguh-sungguh begitu, bukankah engkau telah dipecat ‘Umar?”

Khalid menjawab, “saya tidak berjuang untuk ‘Umar, melainkan berjuang untuk Islam.” Kemudian Khalid minta izin dari panglima yang baru untuk ke Madinah minta penjelasan Khalifahkenapak dia dipecat. Syahdan. inilah dialog secara terbuka antara ‘Umar sebagai Khalifah dengan Khalid sebagai bekas Panglima.

Tanya Khalid “Mengapa saya dipecat, apa kesalahan saya?” Jawab Umar”Engkau saya pecat untuk mencegah tiga hal:-

Pertama, untuk Khalifah, Panglima tidak boleh lebih populer dari Khalifah.

Kedua, untuk engkau sendiri, engkau adalah manusia biasa, kalau berhasil terus dalam memimpin engkau akan menjadi sombong.

Ketiga untuk rakyat, rakyat harus dipelihara aqidahnya dan kemusyrikan memuja kepahlawanan kamu.”

Lalu Khalid menjawab “Saya terima pemecatan itu dengan ikhlas”. Perintah Umar “Engkau sekarang saya tugaskan membantu Sa’ad di pasukan sebelah timur yang sedang mengalami kesulitan melawan pasukan bergajah angkatan perang Parsi.”

Maka Khalid dikirimlah ke pasukan sebelah timur. Ia menyarankan kepada Panglima Sa’ad untuk menghadapi setiap ekor gajah perang dengan satu regu pasukan panah. Yang dipanah dahulu adalah penunggangnya. Setelah penunggangnya tewas baru memanah gajah pada bagian yang sensitif.

Khalid sendiri menawarkan dirinya untuk menjadi kepala regu dari salah satu regu pemanah. Taktik Khalid ini berhasil mengalahkan tentera bergajah itu. Karena gajah itu sudah tidak ada yang mengendalikannya, dan kesakitan kena panah, para gajah itu berbalik haluan menginjak-injak tentera berkuda dan kumpulan tentera sendiri di belakangnya, maka kocar kacirlah pasukan Parsi itu.

Ada empat nilai yang masih relevan hingga kini dalam kehidupan berpolitik dan bernegara dari dialog di atas.

Yang pertama, sikap keterbukaan dan keikhlasan, sebab tanpa keterbukaan mudah terjadi kesalah fahaman, yang mengandung bibit perpecahan ibarat api dalam sekam, baik dalam kalangan pimpinan organisasi politik dan negara, maupun antara yang memimpin dengan yang dipimpin.

Yang kedua, kepala negara atau organisasi tidak boleh kalah populernya dari panglimanya. Betapa banyak terjadi perebutan kekuasaan yang dilakukan oleh panglima suatu negara maupun kerajaan dalam sejarah.

Yang ketiga, orang yang selalu mencapai kejayaan dalam bidang apa saja, akan menjadi objek bagi iblis untuk masuk dalam perangkapnya bersifat seperti iblis sendiri, iaitu takbur, menyombongkan diri, baik kesombongan dengan pangkatnya, maupun kesombongan intelek dan jenis-jenis kesombongan yang lain.

Yang keempat, sikap mendewakan pemimpin, taat tanpa batasan, memuja tanpa batas dari rakyat dan ahli organisasi, menyebabkan rosaknya aqidah rakyat , dan pada pihak yang lain pemimpin akan menjadi diktator. Contohnya banyak dalam sejarah seperti misalnya rakyat Jerman yang memuja Fuhrernya, Hitler, sang diktator.

Advertisements

jom-hebohPenduduk di beberapa kawasan di Manjung, Perak, merasai gegaran akibat gempa bumi lemah berukuran 2.6 skala Richter melanda kawasan itu pada pukul 9.35 malam semalam.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu berpusat di latitud 4.3 utara dan longitud 100.6 timur dan terletak 11 km dari utara Pulau Pangkor.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dan kemusnahan berlaku akibat gempa bumi itu.

Sementara itu seorang penduduk Pulau Pangkor, Syed Shahril bin Syed Halim, mengesahkan pada malam semalam kira-kira pada jam 9.35 minit selama sekitar 1 minit telah berlaku gempa tersebut.

Menurutnya tidak ada kerosakan yang dilaporkan berlaku. “Saya menganggap besar kemungkinan ada kaitan program “jom heboh” kerana sebelum itu berlaku ribut di Pangkor. Malah katanya semasa jom heboh ada arahan seorang pegawaitentera supaya azan tidak payah pakai mike sebab menggangu orang berseronok”.Katanya

Selain itu tempak diadakan Jom Heboh adalah kawasan kawalan keselamatan tentera yang sangat dikawal ketat termasuk pada semasa pilihanraya yang lepas. Pada hari program dibenarkan masuk lebih 30,000 tanpa apa-apa kawalan dan pemeriksaan.

Seorang penduduk Seri Manjung , Mohamad Rizuan bin Sudin berkata dia berada di sekitar bandar malam tadi dan tidak menyedari berlaku gempa tersebut. Namun beliau mengesahkan beberapa hari lepas ada ribut di waktu 2.00 pagi hingga 5.00 pagi mengakibatakan atap 5 rumah mengalami kerosakan.

Katanya program jom heboh dipertakaikan dan dibantah oleh penduduk tempatan. sepatutnya kawasan larangan tentera laut itu tidak dibenarkan sebarang program diadakan.

100_7183

KAMPAR : Kita tidak mahu UMNO kerana mereka mengamalkan diskriminasi kepada rakyat. Sebab itu kita mahukan Pakatan Rakyat yang tidak mengamalkan diskriminasi. Demikian antara ucapan YAB Menteri Besar Perak yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam ceramah di sini. Ceramah penerangan yang diadakan di Dewan Tokong Cina Mambang Diawan menampilkan penceramah laian iaitu, Exco Kerajaan Negeri pakatan Rakyat Perak, Nga Kor Ming dan Chen Fock Chai, ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim, ADUN Malim Nawar, Khesvinder Singh dan ADUN Simpang Pulai, Chan Ming Kai.

100_7174

DS. Nizar menjelaskan terdapat beberapa faktor dan fakta yang bercanggah sehingga Mahkamah Persekutuan telah memutuskan masalah kemelut siapakah Menteri Besar diputuskan oleh Mahkamah Tinggi. Malah kata beliau “Mahkamah tidak ada hak menentukan siapa kerajaan yang sebenar, kerana rakyat adalah yang paling berhak menentukan siapakah kerajaan yang sah”. “Saya berterima kasih kepada saudara yang memberi sokongan termasuk dengan dengan sms dan Email” katanya.

100_7167

Disamping itu beliau mengupas perkembangan Sidang DUN dengan katanya “7 Mei adalah tarikh yang mengerikan kerana hari itu akan berlaku sesuatu perkara yang tidak diduga sama sekali, kami akan bermesyuarat esok untuk menyusun strategi. Kami akah hadir mengikut bidang tugas yang ada pada speaker.” DS. Nizar menyifatkan ” kemenangan di Bukit Gantang adalah kemenangan rakyat sebab itu Najib cukup takut. Sekarang UMNO takut kepada PRK kerana rakyat akan hukum mereka dan rakyat akan mengatakan kamu zalim dan aniaya negeri perak.” mengakhiri ucapan penuh bersemangat pada malam ini.

Nabi Muhammad SAW telah bersabda dengan maksudnya: “Perempuan itu Aurat, maka apabila dia keluar rumah maka syaitan bergegas menumpukan perhatiannya (untuk memperdayakannya)”. Hadis ini riwayat at-Turmizi.

Realiti sekarang. Iblis dan Syaitan amat berpuas hati kerana telah berjaya mempengaruhi perempuan-perempuan untuk dijadikan sebagai askarnya. Dan saya bimbang, takut-takut Isteri anda, anak-anak perempuan anda, mak anda dan seumpamanya tergolong di antara salah seorang askar-askar Iblis tadi.

devil

Ini terjadi disebabkan kerana faktor pemakaian perempuan tersebut. Sekarang, ramai kita melihat perempuan yang tidak menutup kakinya dengan cara memakai stokin apabila keluar dari rumah. Sedangkan kaki itu adalah AURAT. Tidak pun, ada yang memakai baju, seluar, tudung tetapi NIPIS, KETAT sehingga menampakkan susuk badan dan warna badannya. Ini adalah HARAM hukumnya.

Tidak kurang pula bagi perempuan yang memakai wangi-wangian yang semerbak ketika keluar rumah walaupun bersama dengan suaminya. Ini akan menyebabkan bauan tersebut dapat dihidu oleh lelaki lain dan seterusnya ini akan menyebabkan perempuan tersebut berdosa yang dosanya menyamai dosa berzina.

Kemudian, bagi mereka yang berpakaian ala barat, juga Islam tidak membenarkan. Sekarang timbul pelbagai fesyen dari barat yang asasnya adalah Yahudi laknatullah, yang ramai perempuan sekarang terpedaya dengan pakaian tersebut dan hukumnya adalah HARAM sama sekali apabila diperagakan di khalayak ramai. Juga Kasut Tumit Tinggi, tak bolehhhh… Juga pakai gincu, tak bolehhhh…

Jika isteri kita, anak perempuan kita, mak kita atau saudara-saudara perempuan kita yang lain berbuat demikian, nescaya mereka telah tergolong di kalangan askar-askar Iblis.

Penting ! Hal demikian tadi, jika untuk Suami diSUNATkan. Nak pakai wangi-wangian, nak pakai pakaian yang seksi, nak pakai gincu, tak nak pakai pakaian takpa. Ulang ! Just for Husband (SUAMI).

Masih ada masa lagi untuk sedar, buat perubahan, insaf. Buktilah tanda sayang dan kasih kita kepada Nabi Muhammad SAW.

KISAH BINATANG YANG BERNAMA HURAISY

Dikisahkan dalam sebuah kitab bahawa apabila tiba hari Qiamat nanti maka akan keluar seekor binatang dari neraka Jahannam yang digelar Huraisy, yang mana panjangnya ialah jarak antara Langit dan Bumi dan lebarnya pula dari Timur hingga ke Barat.

Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s berkata, “Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?”
Lalu berkata Huraisy : “Aku mencari lima jenis orang .”
1. Orang yang tidak mengerjakan solat.
2. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
3. Orang yang menderhakai kedua orang tuanya.
4. Orang yang suka minum arak.
5. Orang yang sangat suka bercakap-cakap dalam masjid hal dunia.
12 AZAB BAGI MEREKA YANG MENINGGALKAN SOLAT
Dalam sebuah hadis menerangkan bahwa Rasulullah S.A.W telah bersabda : “Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya.
1)  Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-
· Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya danbegitu juga terhadap rezekinya.
· Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
· Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.
2)  Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :
· Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum
seluruh   air laut.
. Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
· Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.
3)  Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-
· Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat
menggerunkan.
· Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
· Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari
bertemu jari).
4)  Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :
· Hisab ke atasnya menjadi sangat berat.
· Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
· Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.

LAMAN INI MASIH DALAM PROSES PENYELENGARAAN. HARAF MAAF